bowling.. bowling dan bowling KSKK

hehehe...jom hilangkan stress dengan ber'bowling'... kuik kuik kuik
nak kate best tak sangat nak kate tak best pun tak jugak.. arghh..tak tahulah nak cakap pe... layan jelah gambar-gamabr yang sempat ambik ni hah..


Hadiah-hadiah 
3 mak dara KSKK
Para pemain dari IKBN Wakaf Tapai


juara berkumpulan wanita
sebelum bermain, jom posing dulu
senyum...tak perlu kate apa2
smile!!!!
Gaya seorang jaguh bowling...hehehe











yeahhh.. raye datang lagi


Tahun nie.. tema kitorang "SILVER".. 



Kelakar je gambar ni coz 2 2 hero aku tak bersongkok.. sebelum raye diorang duk main songkok masing .. bile tibe je raye..songkok pun tak tahu tercampak ke mana..


Sementara Papa g Solat Raye.. kite posing2 dulu dalam rumah...Abang Xcited nak raye hinggakan sandal pun pakai dalam rumah..


Untuk Raye pertama, tak de menu nak buat so kami buat makan2 untuk keluarga terdekat dengan menu Nasi Daging dan bihun Goreng... ermm 1st time masak Nasi Daging , sek baik ok n dapat pujian dari family n kawan..


                               

. Terima kasih semua kerana memuji masakan aku..Bihun pun 1st time buat dalam kuantiti yang banyak.. betul2 x sangka semuanye habis.... Next time leh buat lagi...


Nie resepi daging daging n air asam nyer , dah lupa ambik resepi ni kat mana...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NASI DAGING
Bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi
250 g daging batang pinang dihiris nipis 
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi

bahan B :
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan
1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 


Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa atau ikut citarasa 
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara tetamu yang hadir dan sempat aku snap...





 Thanks semua coz sudi datang umah kami... especially JUANI..